Wednesday, 30 October 2013

Haruan tertipu

Tajuk cerita "Haruan tertipu" cam lagu tipah tertipu...heh heh. Pagi Ahad ronda-ronda ke lubuk haruan. Tempat ni dulunya berbukit selepas tu ada kerja-kerja mengorek tanah. Jadilah sekarang ni tempat ini kawasan berpaya. Herankan macamana haruan boleh membiak di sini. Haruan kat sini memang cerdik. Walaupun menggunakan umpan katak ori masih susah untuk mendapatkannya. Ini kerana air di sini sungguh jernih dan haruan sungguh sensitif dengan cepat melarikan diri walaupun nampak bayangan burung tengah terbang. Memang ini yang selalu aku perhatikan. Kebetulan masa yang sama di seberang paya dua sekawan tengah casting menggunakan katak ori berlalu dengan tangan kosong. Berkat kesabaran ku akhirnya haruan di sini tewas apabila aku gunakan berkley power grub kaler putih dan katak viva mazzy frog kaler kuning dengan gelaran old frog. Bila jumpa tempat begini gunakanlah segala teknik dengan skill yang ada. Saksikan gambar yang telah aku rakamkan.

Bekley grub kaler putih

ini viva mazzy frog mf30 dan mf40







jumpa lagi di lain keluaran. Assalamualaikum... :)

Tuesday, 1 October 2013

Penyebab musnahnya silubuk haruan



Pagi Ahad 15 September 2013 aku ronda-ronda mencari lubuk haruan yang masih berpotensi untuk di jadikan tempat casting. Alangkah terkejutnya aku melihatkan lubuk-lubuk  haruan semakin punah-ranah disebabkan oleh kerakusan manusia yang tidak bertanggungjawab,mementingkan diri sendiri membuang dan melonggokkan sampah sarap dan dijadikan tempat pembuangan sampah secara haram. Geram dan sakit hati aku melihat manusia yang menhancurkan keindahan alam semulajadi ini. Sempat jugalah aku ambil gambar. Ketika lalu di depan pondok  khemah mereka aku menjeling dan mereka juga menjeling dan merenung ke arah aku. Huh, macam nak makan orang. Dalam pada itu aku ambil gambar dari jauh pula. Manalah tau di sangkanya aku pengintip,tak ker naya aku kalau di kejarnya,sempat jugalah aku melarikan diri. Apalah punya manusia. Adehhhh… Di kiri kanan lubuk sisa toksid dari sampah masuk ke dalam air. Akan pupuslah haruan dan lain-lain ikan yang ada di dalamnya. Minta-minta adalah hendaknya pihak berkuasa mengambil tindakan. Saksikan ajalah gambar yang aku ambil kat bawah nih.

Gambar kat bawah ni pula,cuba perhatikan renungan dia macam nak makan orang. Walaupun aku dah jauh tapi masih merenung aku lagi. Baik aku cepat cabuttt sebelum apa-apa terjadi.

Friday, 27 September 2013

Berhari raya dengan haruan

Report tertunggak. Pada 3 Syawal dan 18 Syawal aku ke tempat biasa casting haruan. Dapat jugalah beberapa ekor. Seperti biasa guna grub warna putih. Di tempat ni umpan tu yang lebih mencakup untuk menewaskan haruan. Para pengcasting yang selalu menggunakan umpan soft plastic sahaja yang tahu betapa kuat karennya apabila menggunakan umpan ini. Hehehe.

Kat bawah nih haruan yang aku dapat pada 3 Syawal dan 18 Syawal 1434




kat bawah nih kapcai yang setia menemaniku memburu sang ruan..heh heh

Monday, 29 July 2013

Casting haruan di bulan Ramadan

Ahad 21 Julai,12 Ramadan 1434 Hijriah jam 7.40 pagi selepas hantar Zahir ke bengkel latihan praktikalnya,aku terus menuju ke lubuk ruan. Dapat jugalah haruan dan lepas jugalah gian aku untuk casting ruan. Casting sampai jam 10.30 pagi aja sebab matahari memancar terik walaupun hari masih pagi lagi. Wokehhh lerr tuhh.

Gambar ruan tengah berposing

Pada permulaannya guna grub kaler putih,tapi tak menjadi. Akhirnya grub power tiger juga yang di sukainya.




Sunday, 26 May 2013

Acara ulangan ke lubuk orang Asli



Ahad 26 Mei 2013 bersama Mat Arup menuju ke lubuk orang Asli bagi kali kedua. Panjang tak ikut hari ni sebab ada hal. Sampai lubuk pertama Arup perhatikan keadaan parit dan berkata,”air tinggi sikit nih bang sebab malam tadi hujan,mungkin ada ruan yang keluar ke tempat lain. Ternyata benar,banyak kali casting tak ada ruan kasar yang menyambar hanya anak-anak ruan main gigit-gigit ekor umpan. Banyak masa terbuang kat situ saja. Aku mengajak Arup beralih ke lubuk lain dan acara sambar menyambar bermula di sini. Kat sini kalau kurang menyambar kena tukar-tukar kaler umpan silih berganti di selang seli dengan karauan laju dan perlahan serta teknik henjutan,baru ruan teruja untuk menyambar umpan.

Kat bawah nih hanya gambar yang bercerita.





Selesai aja acara casting sebelum pulang aku dengan Mat Arup pergi ronda-ronda dulu mencari lubuk baru. Tempatnya tersorok sedikit ke sebelah dalam nunnnn. Tunggu akan ku terjah.
 Ambik gambo dulu untuk tatapan. Cantikkan lubuk kat bawah nih. :) 
 Gambo kat bawah nih Mat Arup tengah posing dengan eksen nya,haha..





Thursday, 23 May 2013

Casting haruan di lubuk orang Asli



Selasa 21 Mei 2013,aku,Mat Arup dan Panjang (Fauzi) casting haruan kat satu lubuk. Sabtu lepas Mat Arup dah bagitau aku dan ajak aku casting ruan katanya nak buat ubat sebab adiknya baru keluar hospital buat operation. Sampai aja di lubuk terus ajar Panjang cara teknik karauan sebab baru nak belajar casting haruan. Aku bagi perangsang kat dia kena cuba pakai umpan palsu dan teknik mengarau umpan. Sampai masa nak pulang Panjang masih tak dapat lagi. Tak apa lain kali boleh cuba lagi. Kena usaha hingga berjaya.

tengoklah air tanah gambut nih,cantik kan...haha

 gambar kat bawah nih Mat Arup ngan Panjang tengah casting,terlindung kat belakang arup dua orang asli suami isteri tengah duduk memancing ikan puyu.




lain kali leh terjah lubuk ruan nih lagi. Assalamualaikum.







Saturday, 4 May 2013

Menjejaki semula lubuk haruan bhgn 11

Jam 7.00 pagi bertolak dari rumah. Sebelum tu singgah dulu kat warung beli sarapan pagi. Jam 7.30 pagi sampai di lubuk. Seronok main pagi nih sebab cuaca pun ok. Masa aku lalu kat satu lubuk terserempak dengan seorang orang asli tengah menahan jaring. Aku angkat tangan dan tegur dia "ada dapat tak"? Dia jawab "adalah sikit". Aku minta izin kat dia nak ambil gambar. Dia kata boleh apa salahnya. Berani betul dia sorang2 kat dalam tuh. Kalau aku sori lerrr..hahaha. Lepas borak2 kejap terus aku menuju ke lubuk ruan. Meh tengok gambar.

Gambar kat bawah nih,nampak tak orang asli tuh?

Kat bawah nih pula lubuk ruan antara kiri dan kanan
Kat bawah nih ruan2 yang telah tewas di tangan ku. Perhatikan yang seekor nih kaler dah macam king cobra. Agaknya lama sangat bertapa kot? :)