Minggu lepas masa off kerja petang Mat Arup ajak aku pergi mancing dengan Syah sekali. Aku tak dapat pergi sebab badan aku tak sihat dan batuk-batuk masih belum baik lagi. Mereka berdua saja yang pergi. Tengok gambar otai tengah beraksi ni pun aku dah naik gian nak memancing,terketar-ketar tangan di buatnya. Gambar ni Mat Arup yang shoot,dia dapat patin tapi tak sempat nak shoot gambar. Nampaknya otai seorang ajalah beraksi. Nantilah kalau ada masa nanti kita pergi sama-sama. Tatap ajalah aksi otai ni bergaya dengan ikan-ikan yang dapat di pancingnya. Pinjam topi boleh? Bergaya sungguh..haha...
Melalui pengalaman dahulu dan terkini tercatat kenangan indah yang sukar di gambarkan dengan kata-kata hanya potret menjadi tatapan
Monday, 19 September 2011
Haruan Jengka
Kawan aku stanley balik kampung tu hari sempat gak gi casting. Gambar dia tak ada dalam ni,tak sempat nak shoot katanya,cuma gambar ikan ruan yang dia dapat bersama gambar dua orang kawannya. Stanley yang aku dah ajar cara-cara casting guna berkley bait power tiger,turunkan ilmu kat kawannya pula. Syabas bro,haha.
Otai siakap kolam
Walaupun dah pencen tapi hobi pancing tetap di teruskan. Ibarat irama dan lagu tak dapat di pisahkan.Tabik springg kat otai nih.
Gila stella
Thursday, February 10, 2011
kawan aku dah sambor sebijik stella spek usa...rm 2450duitt duitt duitt...gitu lerr...mmg gilerr
Sang toman
Thursday, February 10, 2011
Dua orang sifu nih gi mancing dapat toman...mulanya pakai
umpan dedak mancing lampam,pastu lampam di sambor oleh toman..dapatlah
toman..dua ekor terlepas putus tali perambut,dapat lesen toman dahhh,besau
pulak tuhhh...:-)
Janggo junior
Janggo
Awal bulan May aku dengan kawan-kawan pergi mancing udang di
Carey Island,orang yang banyak penyabor jer
minat mancing udang nih. Udang kat sini kecil-kecil aja,tak macam udang di
Sungai Timun,besau2 belaka.Aku kalau mancing udang ni kurang minat sikit. Tapi
kalau dah hobi memancing kena minatkan juga lerr. Salah seorang dari kawan ku
dah cabut balik ke rumah sebab tak sabau. Sempat juga ler aku merakamkan gambar.
huhh...eksen sungguh..
Otai sedang berposing. A hah iyoo lah tuhh.
Hafiz dgn udangnya. Tekun sungguh dia memancing. Tak gerak
ke mana pun. Sekejap2 angkat joran periksa umpan ada lagi ker tidak. Rajin
sungguh. Memang boleh dibuat kawan memancing.
Power Tiger,layan ikan jeti,layan haruan dan layan lombong
Sunday, January 2, 2011
power tiger
Nak cari bekley power tiger memang susah sikit. Selalu kehabisan stok di borong oleh kaki casting. Akhirnya aku dapat idea,modified sendiri dan kasi ubah sikit kalernya untuk meliurkan haruan-haruan di luar sana. Yes!! memang power.Tide chart 2011
Kalau dah kaki mancing mesti dalam dompet dia orang ada simpan benda nih. Apalagi kalau tak jadual pasang surut air laut. Banyak gunanya kepada para pemancing. Tapi ada juga sedikit sebanyak lari dari jadual yang di tetapkan. Kalau nak lengkap lebih baik buka laman web pasang surut air laut yang disediakan oleh jabatan kajicuaca. Jadual pasang surut ni untuk selat melaka aja.
Layan ikan jeti
Dua orang ni tengah layan ikan kat jeti Sekinchan. Banyak tul mr blu keng kat sini. Berlumba-lumba dia orang naikkan. Penat melayannya,siap berehat lagi tuhh. Sempat gak nak berposing jap.
Eksenlah kamu
Sorang lagi tengah berposing dengan eksennya dengan haruan dan set barunya..
Orang taulah kamu pakai bassterra ngan nasci. Tak tanya punnn. Heh heh.
Layan haruan
Dengan MaT Arup pergi layan haruan di pagi yang hening. Pakai bekley power tiger yang dah aku modified. Memang mengancam,sampai haruan terkinja-kinja hendak membahamnya. Tertipu sang haruan.
Mancing lagi
Ini pula Mr Daud. Aku dengan dia temankan Mat Yus.Layan member yang tengah seronok gian mancing.
Mancing tetap mancing
Masuk tahun baru Masehi 2011. Hobi mancing masih tetap dari dulu sampai sekarang. Itu aja aktiviti yang masih aku teruskan. Masa badan masih muda dulu ligat aku masuk acara marathon.Ni tak larat lagi dah,al maklum udah mencapai usia. Gambar kat atas ni rakan kerja yang kena gian mancing. Siap beli empat set pancing. Aku panggil gelarannya Mat Yus. Memang tekun kalau dia memancing. Tatap ajalah ketekunannya..heh heh.
Haruan Slim River
Wednesday, August 10, 2011Gambar kat bawah ni aku bertiga casting haruan di felda gunung bersaut
SlimRiver. Banyak lubuk ruan dalam ladang sawit ni.Umpan yang kami
gunakan janggut dan bekley grub.Bestt!!! (gambar nih ada aku masukkan dalam Malaysian fishing net forum,tahun bila entah,tak tahu aku)
Haruan haruan haruan
Wednesday, August 3, 2011 Meredah jalan bersama kawan-kawan mencari spesis haruan.Lubuk ni dah
banyak yang di kambus kerana arus pembangunan.Aku abadikan dalam blog ni
untuk jadi kenangan. Gambar ni ada separuh aku masukkan dalam Malaysian fishing net forum. Aku nak cari semula gambar-gambar dalam forum tuh dan abadikan semula dalam blog aku nih.
Otai pancing
Monday, August 1, 2011Otai pancing
Salah seorang otai mancing yang aku kenal. Berdekatan dengan rumah Mat Arup. Aku panggil dia Shah. Seronok memancing dengan dia ni. Kekadang aku bertiga sesama pergi memancing. Sambil memancing sambil tu berbual-bual. Banyak yang kami bualkan tentang kisah-kisah lampau dan lubuk-lubuk ikan yang masih berpotensi. Banyak pengalaman dia tentang hal-hal mancing seperti apa pengalaman yang telah aku lalui sebelum lubuk-lubuk ikan di timbus oleh arus kemodenan. Inilah yang di namakan otai. Tengok cara dia mancing dan berbual tentang alam mancing pun aku dah tau. Tabik spring kat otai ni. Ada segelintir pemancing tu borak aja berdeguh-degah tapi habuk pun tarak. Aku nasihatkan pada para pemancing yang baru nak mula memancing dan pemancing yang belum banyak pengalaman,janganlah segan untuk bertanya dalam hal dunia pancingan pada otai-otai yang kamu kenal. Walaupun dahulu aku dari budak-budak lagi sudah mula memancing hinggalah ke umur begini dan ada kawan-kawan memanggil aku otai tetapi aku tak menganggap diri aku begitu. Aku akan terus dan terus mendalami lagi tentang teknik-teknik dalam dunia pemancingan. Kerana aku tahu lain tempat lain teknik yang di gunakan. Bukan senang nak jadi pemancing berkaliber. Segala peralatan mancing,cuaca,air,diet ikan dan dan dan ..... ishhkk melalut lak aku nih... minta maaf,cari ler sendiri yer.

Mat Arup naikkan baung kuning dan patin
Patin auto dan baung auto
Jam 7.00 pagi 30 Julai 2011 sehari lagi nak menjelang bulan Ramadhan,aku sekali lagi ke lubuk biasa dengan Mat Arup. Hajat nak mencari baung yang gedabak sikit. Perrgghh!! lajunya air sungai. Pakai ladung berat pun hanyut. Almaklumlah malam tadi hujan turun lebat dan mungkin juga lebat dari hulu sungai. Sampah dan rerambut rumput melekat kat tali utama dan tali perambut. Macamanalah ikan nak makan sebab umpan dilitupi oleh benda2 tu semua. Ada meragut tapi sekejap sahaja kerana gangguan. Campak ke tengah di bawa arus lari ke tepi. Huhh!! tension tull. Akhirnya Mat Arup yang berjaya menaikkan seekor patin dan seekor baung. Berat baung hampir 2 kilo. Baung kuning wooo!! Memang mahal baung kuning ni. Aku jeling2 jerrr lerr. Jelous sikit. Hahahaha!!! Tengok jer ler gambor kat bawah nih.

Seronoknya menarik baung
Sunday, July 24, 2011Lubuk Baung
Hari Isnin aku offday selepas shift petang. Jam 6.45 pagi siap dengan kelengkapan seorang pemancing,aku pun menuju ke Saujana Putra rumah Mat Arup. Dia kata "kita pergi naik kereta saya ajalah". Kelengkapan memancingnya juga sudah siap tersedia. Tunggu apa lagi teruskan perjalanan menuju ke distinasi,lagi pun untuk sarapan pagi semua dah aku sediakan. Sampai di sana aku lihat masih tiada pemancing lain lagi. Aku berdua booking tempat dulu sebelum orang lain ambil alih. Memang stragik port nih. Berlumba-lumba aku dengan Mat Arup menaikkan ikan baung. Umpan power maaa. Mulanya pakai tiga joran,akhirnya guna satu joran saja sebab tak terlayan. Kelam kabut di buatnya kalau layan tiga joran di kala ikan tengah galak makan. Galak makan tu pun setelah aku tiru teknik dua orang Asli yang duduk di port tak jauh dari tempat aku. Aku lihat mereka berdua juga berlumba-lumba menarik habuan yang mendatang. Lagi power umpan mereka. Huhhhh!!!...Pakai umpan udang beras yang di tangguk rupanya. Patutlah laju mengarau. Baung,udang galah dan lampan pun naik. Seorang dari orang Asli tu naikkan udang galah sahaja. Mat Arup cakap orang Asli tu lahir tahun udang agaknya,tu sebab udang aja yang dia dapat,hahaha...aku sentiasa memerhatikan teknik yang dia orang gunakan. Kalau nak baung kena baling jauh sikit dan kalau nak udang baling dekat aja. Pakai perambut batu hidup bergantung pada arus air dan panjang perambut dari klip sepanjang sejengkal saja. Memang aku tiru pun teknik dia orang,kecuali kalau nak patin guna perambut v,yang sebelah panjang sedepa dan yang sebelah lagi panjang sedepa juga. Batu taruh bawah dan pakai satu mata. Bila arus menolak perambut yang panjang tadi akan naik berbuai2 separuh air. Tak boleh pakai umpan dedak kalau nak main gantung sebab berat dan lerai kena arus. Engkau orang kenalah study guna umpan apung yang di syorkan oleh otai2 mancing. Carilah sendiri dalam laman web dan banyak di ceritakan tentang ini. Aku mancing kat lubuk baung ni pakai umpan hidup,memang power. Tak mainlah umpan2 tapa ni. Aku tak tahan bau busuk umpan tapa ni sampai melekat bau dia kat tangan. Lain pemancing lain pula umpan yang mereka suka. Terpulanglah pada kesukaan masing2. Ada gambar kat bawah ni Mat Arup naikkan udang galah. Berjaya juga hajatnya. Ok bro lainkali kita repeat lagi dengan umpan yang lebih power n tatap jer ler gambo yang aku tepek nih...

Subscribe to:
Posts (Atom)