Sunday, 22 July 2012

Haruan Pulau carey

Lama dah aku tak ke sini. Petang Khamis 19/7/2012. Aku,Daud dan Apiz ke pulau Carey. Dapat juga lerr ruan. Lepas juga gian casting sebelum bermulanya puasa Ramadhan pada Sabtu nih 21/7/2012. Nun jauh di sana pakai t shirt biru tuh Sifu daud tengah leka casting. Apiz tak ada lam gambar sebab dah meredah masuk ke lubuk rahsianya.


Haruan Kuantan beraksi lagi

Pada hari Sabtu bersamaan 7/7/2012 tepat jam 11.30 pagi aku dah berada di Kuantan. Petangnya Hamid mengajak aku casting haruan di lubuk rahsianya. Tempatnya memang bagus. Aku lihat di sekitarnya memang ada harapan untuk haruan membiak. Apalagi mulakan casting dengan berumpankan berkley grub kaler putih dan power tiger bersama inline spinner.. Mula casting aja aku dan Hamid double strike. Huhh...memang best. Main dari jam 5.20 petang hingga 7.00 petang,satu jam lebih aja dah naik empat ekor. Ok Hamid lainkali kita ke sini lagi.

Keadaan lubuk dan tempatnya memang cantik
gambar kat bawah Hamid tengah beraksi dengan haruannya
gambar bawah ni pulak aku lerrr...eksen..haha


haruan yang ni beraksi dengan berkley grub power tiger





Haruan Kuantan lagi

Rabu 6/6/2012 jam 7.00 malam hanphone aku berbunyi tanda mesej dah masuk. Bila aku buka terpampang gambar seekor haruan yang adik aku Hamid hantar. Boleh tahan besarnya. Dia kata hampir sekilo. Woww,terkesima aku. Aku kata kat dia,bulan depan aku nak ke Dungun ambil zahir kat politeknik. Sebelum ke sana singgah dulu kat rumah dia tidur satu malam. Ada canlah bawa aku ke lubuk rahsianya. Kat bawah ni haruan tanah gambut hitam berkilat. Heh heh...