Melalui pengalaman dahulu dan terkini tercatat kenangan indah yang sukar di gambarkan dengan kata-kata hanya potret menjadi tatapan
Saturday, 15 September 2012
Menjejaki semula lubuk haruan bhgn 10
9 September 2012 hari Ahad bersamaan 22 Syawal 1433H. Jam 7.00 pagi bergerak dari rumah dengan kapcai aku. Nak sambung jejak semula lubuk lama. Mula-mula guna power bait bekley grub kaler putih,langsung tak mencakup. Lepas tu guna grub power tiger,tak mencakup juga. Akhir sekali aku guna spinner bait kaler hijau kuning. Tiga kali baling terus di sambar oleh haruan. Haruan yang aku dapat aku lepaskan semula ke habitat asalnya. Lepas juga gian casting.. :)
Saturday, 1 September 2012
Haruan Raya
Ahad 26/8/2012 bersamaan 8 Syawal gian casting sudah mari maaa. Jam 7.30 pagi aku menuju ke lubuk ruan. Aku tengok keadaan sekeliling dan nampaknya lunyai dah lubuk nih di kerjakan oleh "meat hunter". Satu jam setengah casting guna umpan bekley power grub kaler putih dan spinner bait (janggut) naik jugalah haruan. Haruan-haruan ni aku lepaskan semula kerana tidak menepati saiz yang aku kehendaki. Biar dia besar lagi. Itu pun kalau tidak di sapu oleh "meat hunter" tersebut. Nasib lerrr. Heh heh heh...
Nih ruan tengah bergambor..
Nih ruan tengah bergambor..
Subscribe to:
Posts (Atom)