Tajuk cerita "Haruan tertipu" cam lagu tipah tertipu...heh heh. Pagi Ahad ronda-ronda ke lubuk haruan. Tempat ni dulunya berbukit selepas tu ada kerja-kerja mengorek tanah. Jadilah sekarang ni tempat ini kawasan berpaya. Herankan macamana haruan boleh membiak di sini. Haruan kat sini memang cerdik. Walaupun menggunakan umpan katak ori masih susah untuk mendapatkannya. Ini kerana air di sini sungguh jernih dan haruan sungguh sensitif dengan cepat melarikan diri walaupun nampak bayangan burung tengah terbang. Memang ini yang selalu aku perhatikan. Kebetulan masa yang sama di seberang paya dua sekawan tengah casting menggunakan katak ori berlalu dengan tangan kosong. Berkat kesabaran ku akhirnya haruan di sini tewas apabila aku gunakan berkley power grub kaler putih dan katak viva mazzy frog kaler kuning dengan gelaran old frog. Bila jumpa tempat begini gunakanlah segala teknik dengan skill yang ada. Saksikan gambar yang telah aku rakamkan.
Bekley grub kaler putih
ini viva mazzy frog mf30 dan mf40
jumpa lagi di lain keluaran. Assalamualaikum... :)
Melalui pengalaman dahulu dan terkini tercatat kenangan indah yang sukar di gambarkan dengan kata-kata hanya potret menjadi tatapan
Wednesday, 30 October 2013
Tuesday, 1 October 2013
Penyebab musnahnya silubuk haruan
Pagi Ahad 15 September 2013 aku ronda-ronda mencari lubuk
haruan yang masih berpotensi untuk di jadikan tempat casting. Alangkah
terkejutnya aku melihatkan lubuk-lubuk
haruan semakin punah-ranah disebabkan oleh kerakusan manusia yang tidak
bertanggungjawab,mementingkan diri sendiri membuang dan melonggokkan sampah
sarap dan dijadikan tempat pembuangan sampah secara haram. Geram dan sakit hati
aku melihat manusia yang menhancurkan keindahan alam semulajadi ini. Sempat jugalah
aku ambil gambar. Ketika lalu di depan pondok khemah mereka aku menjeling dan mereka juga
menjeling dan merenung ke arah aku. Huh, macam nak makan orang. Dalam pada itu
aku ambil gambar dari jauh pula. Manalah tau di sangkanya aku pengintip,tak ker
naya aku kalau di kejarnya,sempat jugalah aku melarikan diri. Apalah punya
manusia. Adehhhh… Di kiri kanan lubuk sisa toksid dari sampah masuk ke dalam air. Akan pupuslah haruan dan lain-lain ikan yang ada di dalamnya. Minta-minta adalah hendaknya pihak berkuasa mengambil tindakan. Saksikan ajalah gambar yang aku ambil kat bawah nih.
Gambar kat bawah ni pula,cuba perhatikan renungan dia macam nak makan orang. Walaupun aku dah jauh tapi masih merenung aku lagi. Baik aku cepat cabuttt sebelum apa-apa terjadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)