Ahad 23 Oktober 2011,jam 7.00 pagi aku menjejaki semula lubuk ruan yang pernah aku teroka dulu. Lubuk pertama masih seperti dulu,masih belum ada pembangunan di sini. Keluarkan joran serta berkley power bait dan terus casting. Nampak beberapa tempat,banyak buih timbul di atas air. Casting kali kelima umpan terus di sambar tapi haruan terlepas. Mungkin aku tarik terlalu laju agaknya. Penat pula rasa,maklum aku belum sarapan lagi. Rehat kejap sambil makan sarapan yang aku beli tadi. Di sebelah dalam sana aku terdengar haruan tengah menyambar mangsa. Teruja aku di buatnya. Tak berani aku meredah seorang diri ke dalam sana. Kalau nak meredah juga biar berkawan. Manalah tau malang tak berbau. Selepas sarapan aku menuju ke lubuk kedua pula. Lubuk kedua walaupun nampak masih ok lagi tapi mungkin tak bertahan lama sebab di kiri kanan pembangunan sedang di jalankan serta kesibukan membuat lebuhraya baru. Cuma dua ekor saja yang menangkap umpan yang aku baling tadi. Tak ada yang hook,mungkin haruan kecil. Jam menunjukkan hampir 10.00 pagi dan aku terus menuju ke lubuk ketiga. Di sini aku lihat masih seperti dulu terpelihara dengan cantik tanpa di usik oleh pembangunan. Paya-paya meluas mata memandang. Pilih saja tempat yang nak casting selagi masih terdaya. Tempat yang beginilah baru haruan-haruan boleh membiak. Aku terlihat beberapa orang kaki casting yang aku kenal. Mereka menegur aku dengan ramah. Kalau dah kaki casting sedikit sebanyak mesti kenal mengenal punya. Mulut mesti ramah hati mau baik be....barulah haruan mencakup umpan...Heh!! heh!!.Haruan yang aku dapat di lubuk ketiga ini aku lepaskan semula supaya membiak dengan lebih banyak. Itupun kalau tak di jumpai dan di gagau oleh kaki jaring. Moga selamat dan bolehlah aku casting kat lubuk ini lagi. Di lain hari dan mungkin di tempat lain hari aku nak ulang semula lubuk haruan yang pernah aku teroka dulu.
Melalui pengalaman dahulu dan terkini tercatat kenangan indah yang sukar di gambarkan dengan kata-kata hanya potret menjadi tatapan
Sunday, 23 October 2011
Monday, 3 October 2011
Mancing puyu lagi
Tepat jam 2.00 petang aku start motor menuju ke lubuk puyu. Pergi seorang saja. Senang meredah lorong-lorong kecil dengan menaiki motor. Dalam perjalanan hujan turun lebat. Berlindung dulu kat pondok tol bersebelahan lorong motor. Hampir satu jam juga menunggu hujan teduh. Sampai di sana aku casting haruan dulu guna berkley power bait. Tak ada pun yang menangkap. Lepas tu apa lagi mancing puyu ler. Seperti biasalah berumpan udang kopek. Tengah syok mancing datang 3 orang nak casting haruan. "Ada dapat ker bang"? dia orang bertanya. Aku jawab "adalah sikitttt". Seorang darinya terus casting kat tempat aku mancing puyu. Hisshhhh!! kacau betullah,larilah puyu tu woiii...aku berkata dalam hati sambil sengih-sengih muka selamba. "Sebelah sini tak ada haruan ker bang"? dia bertanya lagi. Aku jawablah "kalau nak main haruan sebelah sana,haruan bawak anak pun ada,banyakk anaknya" sambil jariku menunjuk ke arah seberang. Bergegas dia menuju ke arah aku tunjuk tadi. Hahaha...selamat puyu aku.
Sempat aku snap tempat nih...nyaman rasa
hasil yang aku dapat..Syukur Alhamdulillah
Sempat aku snap tempat nih...nyaman rasa
hasil yang aku dapat..Syukur Alhamdulillah
Meh main puyu
Layan puyu pula kali ni. Umpan pakai udang kopek. Senang aja dapatnya. Ada orang guna joran teleskopik yang panjang tu. Tak larat aku nak pegang sebab berat sikit,lenguh sendi tangan. Kalau nak sedap main puyu guna mesin kecil dan joran lembut. Letakkan aja kat pancang Y. Pakai pelampung dan mata kail tak ada lubang no 8,9,10 atau 11. Nak taulah mengikat mata kailnya. Lagi pun belakang pack tuh ada cara-cara untuk mengikatnya. Aku suka pakai no 8 sebab lebih ringan dan senang puyu tuh menyedut masuk ke dalam mulutnya. Umpan udang tadi jangan taruh besar-besar,cukup sebesar seulas nasi sahaja. Sebelum masukkan ke mata picit udang tuh kasi lembut sikit. Bila pelampung tenggelam terus sentap dan gulung tali. Jangan sentap kuat-kuat,cukup sederhana aja sebab lenturan joran lembut tadi dah ada spring semulajadinya membuatkan mata hook kat mulut ikan. Tentang umpan nak guna umpan lain pun boleh juga seperti cengkerik,cacing (geli nak pegang baik tak usah),telur kerengga (susah nak cari kerengga sekarang),anak tebuan (berani ker nak asapkan sarang tebuan,jgn cari nahas). Masa aku bebudak dulu memang guna umpan-umpan begitu. Buat apa nak susah-susah lagi senang pakai udang kopek.
Shah dengan puyunya
Mat Arup dengan puyunya
Aku dengan puyu ku,haha..
Puyu bersantai dalam baldi
Shah dengan puyunya
Mat Arup dengan puyunya
Aku dengan puyu ku,haha..
Puyu bersantai dalam baldi
Patin Dengkil
Masa offday jam 7.00 pagi aku dengan Mat Arup repeat ke Dengkil. Sampai aja di sana aku lihat air sungai berarus deras. Mungkin hujan di hulu sungai malam tadi agaknya. Aku berdua cuba main di lubuk baung. Berapa kali dah tali putus. Baling aja ke tengah terus di bawa arus dan melekat ke celah-celah ranting kayu. Mat Arup baling ke tepi dan dapatlah seekor ikan ketutu (haruan hantu). Mahal ikan ni,di pasaran Rm 25 sekilo. Tak lama kemudian datang pula seorang otai bersama bini mudanya. Dia pun baling kat tempat aku tadi. Huhh!!! apa dah jadi,tali pancing terus bersilang. Dah tau arus deras pakailah ladung yang berat sikit. Habis tali aku dan tali Mat Arup di tariknya. Reti memancing ker tidak nih? Walaupun hati panas jiwa membara terpaksalah buat muka selamba. Akhirnya aku berdua berpindah ke lubuk lain. Lagi best kat port nih,siap aku berdua pasang kemah lagi berlindung dari panas. Di sini patin mega keluar waktu air naik dan berarus deras. Berselang seli patin timbul mengempas ekor. Teruja aku di buatnya. Tengah leka memancing datang seorang otai orang asli. Syok berbual.bual dengan dia. Sedikit sebanyak dapat juga aku tahu lubuk ikan yang selalu dia pergi dan jenis umpan yang dia gunakan. Nama aku On bukan Linda On katanya,haha kelakar sungguh. Dia bagi no hpnya sekali. Ini sudah baik,dapatlah contact dia nanti kalau nak tau tentang keadaan air. Di akhir cerita dapat jugalah aku dengan Mat Arup menaikkan patin walaupun tidak berapa besar.
Mat Arup naikkan ikan ketutu
Mat Arup naikkan patin
Aku naikkan patin
Mat Arup naikkan ikan ketutu
Mat Arup naikkan patin
Aku naikkan patin
Subscribe to:
Posts (Atom)