Sunday, 23 October 2011

Menjejaki semula Lubuk Haruan (bahagian 1)

Ahad 23 Oktober 2011,jam 7.00 pagi aku menjejaki semula lubuk ruan yang pernah aku teroka dulu. Lubuk pertama masih seperti dulu,masih belum ada pembangunan di sini. Keluarkan joran serta berkley power bait dan terus casting. Nampak beberapa tempat,banyak buih timbul di atas air. Casting kali kelima umpan terus di sambar tapi haruan terlepas. Mungkin aku tarik terlalu laju agaknya. Penat pula rasa,maklum aku belum sarapan lagi. Rehat kejap sambil makan sarapan yang aku beli tadi. Di sebelah dalam sana aku terdengar haruan tengah menyambar mangsa. Teruja aku di buatnya. Tak berani aku meredah seorang diri ke dalam sana. Kalau nak meredah juga biar berkawan. Manalah tau malang tak berbau. Selepas sarapan aku menuju ke lubuk kedua pula. Lubuk kedua walaupun nampak masih ok lagi tapi mungkin tak bertahan lama sebab di kiri kanan pembangunan sedang di jalankan serta kesibukan membuat lebuhraya baru. Cuma dua ekor saja yang menangkap umpan yang aku baling tadi. Tak ada yang hook,mungkin haruan kecil. Jam menunjukkan hampir 10.00 pagi dan aku terus menuju ke lubuk ketiga. Di sini aku lihat masih seperti dulu terpelihara dengan cantik tanpa di usik oleh pembangunan. Paya-paya meluas mata memandang. Pilih saja tempat yang nak casting selagi masih terdaya. Tempat yang beginilah baru haruan-haruan boleh membiak. Aku terlihat beberapa orang kaki casting yang aku kenal. Mereka menegur aku dengan ramah. Kalau dah kaki casting sedikit sebanyak mesti kenal mengenal punya. Mulut mesti ramah hati mau baik be....barulah haruan mencakup umpan...Heh!! heh!!.Haruan yang aku dapat di lubuk ketiga ini aku lepaskan semula supaya membiak dengan lebih banyak. Itupun kalau tak di jumpai dan di gagau oleh kaki jaring. Moga selamat dan bolehlah aku casting kat lubuk ini lagi. Di lain hari dan mungkin di tempat lain hari aku nak ulang semula lubuk haruan yang pernah aku teroka dulu.




No comments:

Post a Comment