Seronok memancing di sini. Keadaan tempatnya yang berteluk
di gemari oleh pemancing pantai. Kalau hari minggu sepanjang pantai,di atas
jeti dan di sepanjang batuan penahan ombak di penuhi oleh para pemancing. Ramai
pemancing membawa keluarga bersama bersantai di sini. Bermacam spesis ikan ada
di sini seperti pari,sembilang,duri,gelama,siakap dan berbagai lagi. Memancing di
sini berpandukan pasang surut air iaitu ketika keadaan air pasang besar. Memancinglah
semasa air mula pasang dan semasa air mula surut. Guna umpan seperti perumpun
urat,perumpun sarang,perumpun nipah,udang kopek atau umpan universal ikan
kembung. Paling efektif aku lihat pemancing tegar di situ menjerat ikan
sembilang menggunakan umpan umang-umang atau siput yang ada di situ. Aku lihat
mereka menangkapnya semasa umang-umang berkeliaran ketika air mula hendak
pasang. Aku lebih suka menggunakan udang kopek. Kalau nak memancing tanpa
gangguan datang pada hari biasa. Aku ke sini bersama seorang kawan Daud Sifu. Masa
ini air pasang mati. Surut macam tu pasang pun macam tu juga. Tak dapatlah ikan
besar. Dapat ikan yang kecil-kecil sahaja. Semuanya lepaskan kembali ke laut. Jadilah
dapat merasa tarikan ikan. Lainkali aku akan datang lagi.
Daud Sifu tengah leka taruh umpan kat mata pancing. Tak sedar aku snap gambar dia..Aku tengah berposing....haha
No comments:
Post a Comment