Tuesday, 8 November 2011

Pantai Redang Sekinchan Selangor

Seronok memancing di sini. Keadaan tempatnya yang berteluk di gemari oleh pemancing pantai. Kalau hari minggu sepanjang pantai,di atas jeti dan di sepanjang batuan penahan ombak di penuhi oleh para pemancing. Ramai pemancing membawa keluarga bersama bersantai di sini. Bermacam spesis ikan ada di sini seperti pari,sembilang,duri,gelama,siakap dan berbagai lagi. Memancing di sini berpandukan pasang surut air iaitu ketika keadaan air pasang besar. Memancinglah semasa air mula pasang dan semasa air mula surut. Guna umpan seperti perumpun urat,perumpun sarang,perumpun nipah,udang kopek atau umpan universal ikan kembung. Paling efektif aku lihat pemancing tegar di situ menjerat ikan sembilang menggunakan umpan umang-umang atau siput yang ada di situ. Aku lihat mereka menangkapnya semasa umang-umang berkeliaran ketika air mula hendak pasang. Aku lebih suka menggunakan udang kopek. Kalau nak memancing tanpa gangguan datang pada hari biasa. Aku ke sini bersama seorang kawan Daud Sifu. Masa ini air pasang mati. Surut macam tu pasang pun macam tu juga. Tak dapatlah ikan besar. Dapat ikan yang kecil-kecil sahaja. Semuanya lepaskan kembali ke laut. Jadilah dapat merasa tarikan ikan. Lainkali aku akan datang lagi.
Daud Sifu tengah leka taruh umpan kat mata pancing. Tak sedar aku snap gambar dia..
Aku tengah berposing....haha