Saturday, 15 September 2012

Menjejaki semula lubuk haruan bhgn 10

9 September 2012 hari Ahad bersamaan 22 Syawal  1433H. Jam 7.00 pagi bergerak dari rumah dengan kapcai aku. Nak sambung jejak semula lubuk lama. Mula-mula guna power bait bekley grub kaler putih,langsung tak mencakup. Lepas tu guna grub power tiger,tak mencakup juga. Akhir sekali aku guna spinner bait kaler hijau kuning. Tiga kali baling terus di sambar oleh haruan. Haruan yang aku dapat aku lepaskan semula ke habitat asalnya. Lepas juga gian casting.. :)




Saturday, 1 September 2012

Haruan Raya

Ahad 26/8/2012 bersamaan 8 Syawal gian casting sudah mari maaa. Jam 7.30 pagi aku menuju ke lubuk ruan. Aku tengok keadaan sekeliling dan nampaknya lunyai dah lubuk nih di kerjakan oleh "meat hunter". Satu jam setengah casting guna umpan bekley power grub kaler putih dan spinner bait (janggut) naik jugalah haruan.  Haruan-haruan ni aku lepaskan semula kerana tidak menepati saiz yang aku kehendaki. Biar dia besar lagi. Itu pun kalau tidak di sapu oleh "meat hunter" tersebut. Nasib lerrr. Heh heh heh...

Nih ruan tengah bergambor..


Friday, 24 August 2012

Haruan Kuantan kenduri janggut

Gambar haruan kat bawah ni adik aku Hamid yang hantar. Selasa 7 Aug 2012,balik kerja shift malam,pagi tu dia ke lubuk haruan yang selalu dia pergi. Mula-mula casting guna umpan bekley power grub,tak menjadi pula. Lepas tu guna soft frog,tak menjadi juga. Kemudian guna bakau spinner bait (janggut). Memang menjadi katanya. Empat ekor haruan tu di naikkan guna janggut bakau. Skill dah bagus Hamid. Mantapkan lagi skill dengan teknik-teknik yang anda pelajari. Jeles juga ler aku tengok....hahaha. Hamid beritahu kat aku ada lubuk yang lain lagi. Tunggu lain masa aku akan ke Kuantan. Nanti bawa aku casting kat lubuk tu yerrr... :)

Sunday, 22 July 2012

Haruan Pulau carey

Lama dah aku tak ke sini. Petang Khamis 19/7/2012. Aku,Daud dan Apiz ke pulau Carey. Dapat juga lerr ruan. Lepas juga gian casting sebelum bermulanya puasa Ramadhan pada Sabtu nih 21/7/2012. Nun jauh di sana pakai t shirt biru tuh Sifu daud tengah leka casting. Apiz tak ada lam gambar sebab dah meredah masuk ke lubuk rahsianya.


Haruan Kuantan beraksi lagi

Pada hari Sabtu bersamaan 7/7/2012 tepat jam 11.30 pagi aku dah berada di Kuantan. Petangnya Hamid mengajak aku casting haruan di lubuk rahsianya. Tempatnya memang bagus. Aku lihat di sekitarnya memang ada harapan untuk haruan membiak. Apalagi mulakan casting dengan berumpankan berkley grub kaler putih dan power tiger bersama inline spinner.. Mula casting aja aku dan Hamid double strike. Huhh...memang best. Main dari jam 5.20 petang hingga 7.00 petang,satu jam lebih aja dah naik empat ekor. Ok Hamid lainkali kita ke sini lagi.

Keadaan lubuk dan tempatnya memang cantik
gambar kat bawah Hamid tengah beraksi dengan haruannya
gambar bawah ni pulak aku lerrr...eksen..haha


haruan yang ni beraksi dengan berkley grub power tiger





Haruan Kuantan lagi

Rabu 6/6/2012 jam 7.00 malam hanphone aku berbunyi tanda mesej dah masuk. Bila aku buka terpampang gambar seekor haruan yang adik aku Hamid hantar. Boleh tahan besarnya. Dia kata hampir sekilo. Woww,terkesima aku. Aku kata kat dia,bulan depan aku nak ke Dungun ambil zahir kat politeknik. Sebelum ke sana singgah dulu kat rumah dia tidur satu malam. Ada canlah bawa aku ke lubuk rahsianya. Kat bawah ni haruan tanah gambut hitam berkilat. Heh heh...

Sunday, 24 June 2012

Menjejaki semula lubuk haruan (bahagian 9)


Sabtu 23/6/2012 jam 7.30 pagi aku dah terpacak di lubuk ruan (bekas lombong) ini. Cuba tengok gambar ni,cantik kan lubuk ni. Dulu tempat ni memang jarang orang datang sebab di penuhi  semak dan belukar. Tapi sekarang tak takut lagi dah,sebab di sekeliling tak jauh dari lubuk ini pembangunan sedang rancak berjalan. Mungkin dalam dua tahun lagi tempat ini akan di timbus untuk di bangunkan rumah kediaman .Spesis ikan yang hidup ialah haruan,keli,sepat dan tilapia. Mancing waktu siang memang memeritkan kulit  sebab tiada pokok rendang yang tumbuh untuk berlindung dari  panas  matahari. Ada pemancing yang memancing pada waktu malam,buktinya ada bekas-bekas unggun api yang telah di tinggalkan. Kaki casting macam aku haruan ajalah yang menjadi buruan. Dapatlah dua ekor. Jam 9.30 pagi aku bergerak pulang dan sampai di rumah jam 10.pagi. Dua jam aja aku main. Jadilah,lepas juga gian casting. Orang rumah tanya kenapa cepat balik. Aku jawab,dah hilang dah gigil tangan. Hahaha..

gambar di bawah,sungguh indah pemandangan
Gambar di bawah pula tumpasnya dua ekor haruan berumpankan soft plastic putih dan inline spinner buatan sendiri. Memang mujarab.



Sunday, 10 June 2012

Menjejaki semula lubuk haruan (bahagian 8)


Hari ini Ahad 10 Jun 2012,jam 7.15 pagi aku berada di lubuk haruan. Aku main kejap aja. Di lubuk ni kena teknik casting laju sikit bagi penyamaran untuk umpan palsu sebab di sini airnya sungguh jernih. Haruan sangat berhati-hati menyambar umpan. Kalau karau slow,haruan yang mengejar akan berpatah semula. Boleh tahan juga besarnya. Botol minuman 1 liter aku padankan dengan haruan yang aku dapat. Berdegup jantung bila haruan ni menyambar umpan. Nak dapatkan sekarang size haruan macam ini memang susah. Kalau dapat size yang curut-curut tu harap lepaskanlah semula biar dia membiak.



menjejaki semula lubuk haruan (bahagian 7)

Minggu lepas Ahad 3 Jun 2012 aku menjejaki lagi lubuk haruan yang pernah aku pergi. Di sini masih ada potensi haruan membiak sebab masih belum ada arus pembangunan. Tak taulah akan datang. Ganeh haruan kat sini masih seperti dulu. Naik jugalah dua ekor.


Monday, 28 May 2012

Haruan Kuantan

Bulan lepas Mei 2012 aku ke Kuantan dan ke Dungun. Ada hal nak di selesaikan. Singgah di rumah adik aku Hamid dan bermalam di sana. Petang esoknya pergi casting ruan dengan Hamid. Sekor pun tak naik tapi pacat yang naik. Aku dapat sekor dan Hamid dapat sekor. Pacat kekenyangan melekat kat keting kaki. Tiga hari aku di sana. Setelah selesai urusan aku balik ke Shah Alam. Lusanya Hamid hantar gambar haruan berumpankan soft plastic power tiger,dapat seekor masa casting di tempat hari itu,katanya.

Kat bawah ni gambar haruan. Berjaya juga dia..haha.


Sunday, 27 May 2012

Menjejaki semula lubuk haruan (bahagian 6)

Hari ini Ahad 27 Mei 2012 aku ke lubuk haruan semula. Aku nak repeat lubuk ini sebab hari itu aku terlepas tiga ekor haruan yang boleh tahan besarnya gara-gara kesilapan aku sendiri. Kesilapannya kerana aku menggunakan joran yang lembut. Melentur joran aku mencium gigi air di tarik sang ruan. Walaupun aku dah hook dua tiga kali,sang ruan meronta dan meluahkan kembali umpan. Aku check worm hook,masih tajam lagi. Aku berputih mata. Tapi kali ini aku guna joran yang keras sikit. Yaa...memang betul apa yang aku sangkakan. Dengan sekali hook aja haruan tak dapat melepaskan diri. Aku berjaya menjinakkan sang ruan. Hehe...

gambar kat bawah,ruan tengah berposing
kat bawah ni pula bergambar dengan ruan


Menjejaki semula lubuk haruan (bahagian 5)

Hari Ahad 20 Mei 2012 seminggu kemudian aku menjejaki semula lubuk ruan yang pernah aku pergi dulu. Tempat ini juga masih ada haruan yang membiak. Seronoklah aku casting seorang diri. Bebas nak campak umpan ke mana saja. Tak lama kemudian sang ruan menyambar umpan. Terkejut aku dengan sambarannya. Hampir tiga kali aku hook. Hujung joran mencecah gigi air. Haruan meronta-meronta dan dapat melepaskan diri. Sambaran yang kedua dan ketiga pun begitu juga. Huhh silap sungguh aku. Kenapalah joran lembut yang aku bawa. Tapi aku tak berputus asa. Aku teruskan casting. Akhirnya sambaran keempat telah mengena seekor haruan. Itu pun aku hook dengan sekuatnya. Menjadi satu pengajaran bagi aku yang mudah lupa. Haha..
Apalagi bergambarlah aku dengan sang haruan.

Gambar di bawah ini lubuk yang masih berpotensi.
haruan tengah beraksi
bergambar dengan sang ruan
guna kapcai untuk meredah lorong-lorong yang tak dapat di lalui oleh 4 roda

Menjejaki semula lubuk haruan (bahagian 4)

Hari Ahad 13 Mei 2012,jam 6.50 pagi aku bertolak dari rumah menjejakai semula lubuk yang pernah aku pergi dahulu. Tempat ini masih ok lagi. Masih ada haruan yang membiak di sini. Udara pun sungguh nyaman. Lihat saja lubuk ruan ini. Luas mata memandang. Lepas juga gian casting aku. Heh heh heh…


Ganas sungguh haruan ini ketika menyambar grub kaler putih.


Sendiri posing sendiri ambil gambar,haha.


Wednesday, 18 April 2012

Menjejaki semula lubuk haruan (bahagian 3)

Lama jugalah aku tak pergi casting ruan. Maklumlah musim hujan sekarang ni. Kalau tak pagi turun hujan,petang pula hujan. Cuaca pun dah tak menentu sekarang ni. Hari Ahad 15 April 2012 cantik pula cuaca pagi ni. Jam 7.10 pagi aku dah sampai lubuk pertama. Pakai berkley power grub warna putih. Dua kali aku casting nampak air sikit berombak ada haruan yang mengejar. Haruan main gigit-gigit ekor jer. Casting lagi,macam tu juga perangai haruan tu. Aku ambil kesimpulan mungkin anak haruan yang suka main kejar-kejar. Buat penat aku aja melayannya. Akhirnya aku pergi lubuk kedua. Huhhh!! cantik lubuk ni. Baru saja di bersihkan dari rumput-rumput yang tumbuh meliar. Airnya macam biasalah coklat pekat,air tanah gambutlah katakan.. Aku hairan juga kenapa kaki casting yang lalu lalang tak mau casting kat tempat macam ni. Mungkin juga mereka menyangka tempat-tempat begini tak ada haruan. Kalau nak tahu tempat beginilah haruan suka mengendap mangsa. Haruan sorokkan diri dari penglihatan mangsanya tanpa disedari. Aku tukar umpan grub berkley power tiger pula. Empat kali aku casting dah mengena. Ambil gambar ruan pertama ni dulu untuk kenangan. Kemudian aku beralih ke atas sedikit. Sebelah kanan ada paya kecil dan air keluar ke arah parit ini. Aku lihat ada seorang kaki casting main kat sebelah dalam paya. Tak mau kacaulah. Baik aku casting di simpang air. Dua kali casting dah mengena seekor lagi. Huhh!!! mantappp. Jadilah lepas juga gian casting. Walaupun jam hampir menunjukkan pukul 9.00 pagi tapi cuaca matahari dah panas membakar kulit. Dua ekor haruan yang aku dapat tadi aku lepaskan semula ke habitat asalnya. Aku berkemas dan terus balik ke rumah dengan tersenyum senang.

Umpan berkley power bait dan mata owner.
Inilah lubuk haruan tempat aku casting,masih ada potensi lagi.
Haruan pertama yang aku dapat
Ini pula haruan kedua,tak sampai pun dua jam aku main sebab panas matahari memeritkan kulit walaupun hari masih pagi lagi. Jadilah,lepas juga gian casting.












Monday, 6 February 2012

Otai muda vs otai tua...hahaha

Aku bersama Daud ke Pulau Dot Dot mencari haruan. Menuntut kesabaran bila bermain gewang kat tempat ini sebab rata-rata para peng casting menggunakan umpan katak untuk memikat haruan.Minggu pertama Hafiz dengan Boy yang dapat. Gambar Boy tak dapat nak shoot. Fuhhh!! besar haruan yang Hafiz dapat.

Minggu kedua ke tempat yang sama tapi di lubuk yang lain. Lepas subuh aku dan Daud bergerak dan singgah bersarapan di sebuah pekan kecil. Faizan ikut serta sekali. Hafiz biasalah dengan member kamcingnya Boy. Hafiz suruh bawa kasut boot getah,sebab meredah jalan ke lubuk ni adventure sikit. Haruan pertama yang aku daratkan guna power tiger.
haruan seterusnya meragut power tiger.

haruan kedua Daud,haruan pertama besar juga tak sempat nak shoot

Faizan dan haruannya. "jangan aku potong tang corner"katanya..hehe
gambar kat bawah ni pula tengah berehat,penat casting wooo...Gambar hafiz dengan Boy tak dapat nak shoot sebab masa tengah casting berada berjauhan dengan dia orang. Hafiz tunjukkan dua jari "peace". Juara naikkan haruan Boy yang pakai jc hitam kolar kuning tuh. Empat ekor haruan dia naikkan. Selagi tak naikan haruan di satu lubuk,akan di cuba lagi hingga berjaya di naikkan. Peng casting haruan tegar. Dalam trip ni banyak haruan yang terlepas. Dah bukan rezeki nak buat macamana.