Sunday, 27 May 2012

Menjejaki semula lubuk haruan (bahagian 6)

Hari ini Ahad 27 Mei 2012 aku ke lubuk haruan semula. Aku nak repeat lubuk ini sebab hari itu aku terlepas tiga ekor haruan yang boleh tahan besarnya gara-gara kesilapan aku sendiri. Kesilapannya kerana aku menggunakan joran yang lembut. Melentur joran aku mencium gigi air di tarik sang ruan. Walaupun aku dah hook dua tiga kali,sang ruan meronta dan meluahkan kembali umpan. Aku check worm hook,masih tajam lagi. Aku berputih mata. Tapi kali ini aku guna joran yang keras sikit. Yaa...memang betul apa yang aku sangkakan. Dengan sekali hook aja haruan tak dapat melepaskan diri. Aku berjaya menjinakkan sang ruan. Hehe...

gambar kat bawah,ruan tengah berposing
kat bawah ni pula bergambar dengan ruan


1 comment: