Monday, 28 May 2012

Haruan Kuantan

Bulan lepas Mei 2012 aku ke Kuantan dan ke Dungun. Ada hal nak di selesaikan. Singgah di rumah adik aku Hamid dan bermalam di sana. Petang esoknya pergi casting ruan dengan Hamid. Sekor pun tak naik tapi pacat yang naik. Aku dapat sekor dan Hamid dapat sekor. Pacat kekenyangan melekat kat keting kaki. Tiga hari aku di sana. Setelah selesai urusan aku balik ke Shah Alam. Lusanya Hamid hantar gambar haruan berumpankan soft plastic power tiger,dapat seekor masa casting di tempat hari itu,katanya.

Kat bawah ni gambar haruan. Berjaya juga dia..haha.


Sunday, 27 May 2012

Menjejaki semula lubuk haruan (bahagian 6)

Hari ini Ahad 27 Mei 2012 aku ke lubuk haruan semula. Aku nak repeat lubuk ini sebab hari itu aku terlepas tiga ekor haruan yang boleh tahan besarnya gara-gara kesilapan aku sendiri. Kesilapannya kerana aku menggunakan joran yang lembut. Melentur joran aku mencium gigi air di tarik sang ruan. Walaupun aku dah hook dua tiga kali,sang ruan meronta dan meluahkan kembali umpan. Aku check worm hook,masih tajam lagi. Aku berputih mata. Tapi kali ini aku guna joran yang keras sikit. Yaa...memang betul apa yang aku sangkakan. Dengan sekali hook aja haruan tak dapat melepaskan diri. Aku berjaya menjinakkan sang ruan. Hehe...

gambar kat bawah,ruan tengah berposing
kat bawah ni pula bergambar dengan ruan


Menjejaki semula lubuk haruan (bahagian 5)

Hari Ahad 20 Mei 2012 seminggu kemudian aku menjejaki semula lubuk ruan yang pernah aku pergi dulu. Tempat ini juga masih ada haruan yang membiak. Seronoklah aku casting seorang diri. Bebas nak campak umpan ke mana saja. Tak lama kemudian sang ruan menyambar umpan. Terkejut aku dengan sambarannya. Hampir tiga kali aku hook. Hujung joran mencecah gigi air. Haruan meronta-meronta dan dapat melepaskan diri. Sambaran yang kedua dan ketiga pun begitu juga. Huhh silap sungguh aku. Kenapalah joran lembut yang aku bawa. Tapi aku tak berputus asa. Aku teruskan casting. Akhirnya sambaran keempat telah mengena seekor haruan. Itu pun aku hook dengan sekuatnya. Menjadi satu pengajaran bagi aku yang mudah lupa. Haha..
Apalagi bergambarlah aku dengan sang haruan.

Gambar di bawah ini lubuk yang masih berpotensi.
haruan tengah beraksi
bergambar dengan sang ruan
guna kapcai untuk meredah lorong-lorong yang tak dapat di lalui oleh 4 roda

Menjejaki semula lubuk haruan (bahagian 4)

Hari Ahad 13 Mei 2012,jam 6.50 pagi aku bertolak dari rumah menjejakai semula lubuk yang pernah aku pergi dahulu. Tempat ini masih ok lagi. Masih ada haruan yang membiak di sini. Udara pun sungguh nyaman. Lihat saja lubuk ruan ini. Luas mata memandang. Lepas juga gian casting aku. Heh heh heh…


Ganas sungguh haruan ini ketika menyambar grub kaler putih.


Sendiri posing sendiri ambil gambar,haha.