Tuesday, 20 December 2011

Menjejaki semula lubuk haruan (bahagian 2)

Seperti di bahagian pertama,aku jejak semula lubuk haruan yang pernah aku terokai dulu. Di sini pembangunan juga sedang rancak di jalankan. Dengan menggunakan lure "superior frog" aku casting beberapa kali. Nampaknya masih ada sambutan dari haruan. Aku harap setelah pembangunan siap tidak ada pemcemaran yang berlaku menyebabkan terhapusnya haruan di atas kerakusan dan ketamakan manusia yang tidak menjaga kebersihan.alam sekitar. Jikalau umur panjang akan ku lihat apakah yang akan terjadi pada lubuk-lubuk tersebut.










Tuesday, 8 November 2011

Pantai Redang Sekinchan Selangor

Seronok memancing di sini. Keadaan tempatnya yang berteluk di gemari oleh pemancing pantai. Kalau hari minggu sepanjang pantai,di atas jeti dan di sepanjang batuan penahan ombak di penuhi oleh para pemancing. Ramai pemancing membawa keluarga bersama bersantai di sini. Bermacam spesis ikan ada di sini seperti pari,sembilang,duri,gelama,siakap dan berbagai lagi. Memancing di sini berpandukan pasang surut air iaitu ketika keadaan air pasang besar. Memancinglah semasa air mula pasang dan semasa air mula surut. Guna umpan seperti perumpun urat,perumpun sarang,perumpun nipah,udang kopek atau umpan universal ikan kembung. Paling efektif aku lihat pemancing tegar di situ menjerat ikan sembilang menggunakan umpan umang-umang atau siput yang ada di situ. Aku lihat mereka menangkapnya semasa umang-umang berkeliaran ketika air mula hendak pasang. Aku lebih suka menggunakan udang kopek. Kalau nak memancing tanpa gangguan datang pada hari biasa. Aku ke sini bersama seorang kawan Daud Sifu. Masa ini air pasang mati. Surut macam tu pasang pun macam tu juga. Tak dapatlah ikan besar. Dapat ikan yang kecil-kecil sahaja. Semuanya lepaskan kembali ke laut. Jadilah dapat merasa tarikan ikan. Lainkali aku akan datang lagi.
Daud Sifu tengah leka taruh umpan kat mata pancing. Tak sedar aku snap gambar dia..
Aku tengah berposing....haha

Sunday, 23 October 2011

Menjejaki semula Lubuk Haruan (bahagian 1)

Ahad 23 Oktober 2011,jam 7.00 pagi aku menjejaki semula lubuk ruan yang pernah aku teroka dulu. Lubuk pertama masih seperti dulu,masih belum ada pembangunan di sini. Keluarkan joran serta berkley power bait dan terus casting. Nampak beberapa tempat,banyak buih timbul di atas air. Casting kali kelima umpan terus di sambar tapi haruan terlepas. Mungkin aku tarik terlalu laju agaknya. Penat pula rasa,maklum aku belum sarapan lagi. Rehat kejap sambil makan sarapan yang aku beli tadi. Di sebelah dalam sana aku terdengar haruan tengah menyambar mangsa. Teruja aku di buatnya. Tak berani aku meredah seorang diri ke dalam sana. Kalau nak meredah juga biar berkawan. Manalah tau malang tak berbau. Selepas sarapan aku menuju ke lubuk kedua pula. Lubuk kedua walaupun nampak masih ok lagi tapi mungkin tak bertahan lama sebab di kiri kanan pembangunan sedang di jalankan serta kesibukan membuat lebuhraya baru. Cuma dua ekor saja yang menangkap umpan yang aku baling tadi. Tak ada yang hook,mungkin haruan kecil. Jam menunjukkan hampir 10.00 pagi dan aku terus menuju ke lubuk ketiga. Di sini aku lihat masih seperti dulu terpelihara dengan cantik tanpa di usik oleh pembangunan. Paya-paya meluas mata memandang. Pilih saja tempat yang nak casting selagi masih terdaya. Tempat yang beginilah baru haruan-haruan boleh membiak. Aku terlihat beberapa orang kaki casting yang aku kenal. Mereka menegur aku dengan ramah. Kalau dah kaki casting sedikit sebanyak mesti kenal mengenal punya. Mulut mesti ramah hati mau baik be....barulah haruan mencakup umpan...Heh!! heh!!.Haruan yang aku dapat di lubuk ketiga ini aku lepaskan semula supaya membiak dengan lebih banyak. Itupun kalau tak di jumpai dan di gagau oleh kaki jaring. Moga selamat dan bolehlah aku casting kat lubuk ini lagi. Di lain hari dan mungkin di tempat lain hari aku nak ulang semula lubuk haruan yang pernah aku teroka dulu.




Monday, 3 October 2011

Mancing puyu lagi

Tepat jam 2.00 petang aku start motor menuju ke lubuk puyu. Pergi seorang saja. Senang meredah lorong-lorong kecil dengan menaiki motor. Dalam perjalanan hujan turun lebat. Berlindung dulu kat pondok tol bersebelahan lorong motor. Hampir satu jam juga menunggu hujan teduh. Sampai di sana aku casting haruan dulu guna berkley power bait. Tak ada pun yang menangkap. Lepas tu apa lagi mancing puyu ler. Seperti biasalah berumpan udang kopek. Tengah syok mancing datang 3 orang nak casting haruan. "Ada dapat ker bang"? dia orang bertanya. Aku jawab "adalah sikitttt". Seorang darinya terus casting kat tempat aku mancing puyu. Hisshhhh!! kacau betullah,larilah puyu tu woiii...aku berkata dalam hati sambil sengih-sengih muka selamba. "Sebelah sini tak ada haruan ker bang"? dia bertanya lagi. Aku jawablah "kalau nak main haruan sebelah sana,haruan bawak anak pun ada,banyakk anaknya" sambil jariku menunjuk ke arah seberang. Bergegas dia menuju ke arah aku tunjuk tadi. Hahaha...selamat puyu aku.

Sempat aku snap tempat nih...nyaman rasa






hasil yang aku dapat..Syukur Alhamdulillah

Meh main puyu

Layan puyu pula kali ni. Umpan pakai udang kopek. Senang aja dapatnya. Ada orang guna joran teleskopik yang panjang tu. Tak larat aku nak pegang sebab berat sikit,lenguh sendi tangan. Kalau nak sedap main puyu guna mesin kecil dan joran lembut. Letakkan aja kat pancang Y. Pakai pelampung dan mata kail tak ada lubang no 8,9,10 atau 11. Nak taulah mengikat mata kailnya. Lagi pun belakang pack tuh ada cara-cara untuk mengikatnya. Aku suka pakai no 8 sebab lebih ringan dan senang puyu tuh menyedut masuk ke dalam mulutnya. Umpan udang tadi jangan taruh besar-besar,cukup sebesar seulas nasi sahaja. Sebelum masukkan ke mata picit udang tuh kasi lembut sikit. Bila pelampung tenggelam terus sentap dan gulung tali. Jangan sentap kuat-kuat,cukup sederhana aja sebab lenturan joran lembut tadi dah ada spring semulajadinya membuatkan mata hook kat mulut ikan. Tentang umpan nak guna umpan lain pun boleh juga seperti cengkerik,cacing (geli nak pegang baik tak usah),telur kerengga (susah nak cari kerengga sekarang),anak tebuan (berani ker nak asapkan sarang tebuan,jgn cari nahas). Masa aku bebudak dulu memang guna umpan-umpan begitu. Buat apa nak susah-susah lagi senang pakai udang kopek.

Shah dengan puyunya

 Mat Arup dengan puyunya
Aku dengan puyu ku,haha..

Puyu bersantai dalam baldi

Patin Dengkil

Masa offday jam 7.00 pagi aku dengan Mat Arup repeat ke Dengkil. Sampai aja di sana aku lihat air sungai berarus deras. Mungkin hujan di hulu sungai malam tadi agaknya. Aku berdua cuba main di lubuk baung. Berapa kali dah tali putus. Baling aja ke tengah terus di bawa arus dan melekat ke celah-celah ranting kayu. Mat Arup baling ke tepi dan dapatlah seekor ikan ketutu (haruan hantu). Mahal ikan ni,di pasaran Rm 25 sekilo. Tak lama kemudian datang pula seorang otai bersama bini mudanya. Dia pun baling kat tempat aku tadi. Huhh!!! apa dah jadi,tali pancing terus bersilang. Dah tau arus deras pakailah ladung yang berat sikit. Habis tali aku dan tali Mat Arup di tariknya. Reti memancing ker tidak nih? Walaupun hati panas jiwa membara terpaksalah buat muka selamba. Akhirnya aku berdua berpindah ke lubuk lain. Lagi best kat port nih,siap aku berdua pasang kemah lagi berlindung dari panas. Di sini patin mega keluar waktu air naik dan berarus deras. Berselang seli patin timbul mengempas ekor. Teruja aku di buatnya. Tengah leka memancing datang seorang otai orang asli. Syok berbual.bual dengan dia. Sedikit sebanyak dapat juga aku tahu lubuk ikan yang selalu dia pergi dan jenis umpan yang dia gunakan. Nama aku On bukan Linda On katanya,haha kelakar sungguh. Dia bagi no hpnya sekali. Ini sudah baik,dapatlah contact dia nanti kalau nak tau tentang keadaan air. Di akhir cerita dapat jugalah aku dengan Mat Arup menaikkan patin walaupun tidak berapa besar.

Mat Arup naikkan ikan ketutu
Mat Arup naikkan patin


Aku naikkan patin



Monday, 19 September 2011

Otai pancing beraksi lagi

Minggu lepas masa off kerja petang Mat Arup ajak aku pergi mancing dengan Syah sekali. Aku tak dapat pergi sebab badan aku tak sihat dan batuk-batuk masih belum baik lagi. Mereka berdua saja yang pergi. Tengok gambar otai tengah beraksi ni pun aku dah naik gian nak memancing,terketar-ketar tangan di buatnya. Gambar ni Mat Arup yang shoot,dia dapat patin tapi tak sempat nak shoot gambar. Nampaknya otai seorang ajalah beraksi. Nantilah kalau ada masa nanti kita pergi sama-sama. Tatap ajalah aksi otai ni bergaya dengan ikan-ikan yang dapat di pancingnya. Pinjam topi boleh? Bergaya sungguh..haha...




Haruan Jengka

Kawan aku stanley balik kampung tu hari sempat gak gi casting. Gambar dia tak ada dalam ni,tak sempat nak shoot katanya,cuma gambar ikan ruan yang dia dapat bersama gambar dua orang kawannya. Stanley yang aku dah ajar cara-cara casting guna berkley bait power tiger,turunkan ilmu kat kawannya pula. Syabas bro,haha.



Pegang ikan tu kuat-kuat bang

Gambar ni seorang kawan pergi sedili dapatlah monster nih.


Otai siakap kolam

Walaupun dah pencen tapi hobi pancing tetap di teruskan. Ibarat irama dan lagu tak dapat di pisahkan.Tabik springg kat otai nih.

Lombong Taman Mas

Tataplah gambar ini buat santapan mata..haha