Monday, 19 September 2011

Mat Arup naikkan baung kuning dan patin

Patin auto dan baung auto
Jam 7.00 pagi 30 Julai 2011 sehari lagi nak menjelang bulan Ramadhan,aku sekali lagi ke lubuk biasa dengan Mat Arup. Hajat nak mencari baung yang gedabak sikit. Perrgghh!! lajunya air sungai. Pakai ladung berat pun hanyut. Almaklumlah malam tadi hujan turun lebat dan mungkin juga lebat dari hulu sungai. Sampah dan rerambut rumput melekat kat tali utama dan tali perambut. Macamanalah ikan nak makan sebab umpan dilitupi oleh benda2 tu semua. Ada meragut tapi sekejap sahaja kerana gangguan. Campak ke tengah di bawa arus lari ke tepi. Huhh!! tension tull. Akhirnya Mat Arup yang berjaya menaikkan seekor patin dan seekor baung. Berat baung hampir 2 kilo. Baung kuning wooo!! Memang mahal baung kuning ni. Aku jeling2 jerrr lerr. Jelous sikit. Hahahaha!!! Tengok jer ler gambor kat bawah nih.

No comments:

Post a Comment