Sunday, July 24, 2011Lubuk Baung
Hari Isnin aku offday selepas shift petang. Jam 6.45 pagi siap dengan
kelengkapan seorang pemancing,aku pun menuju ke Saujana Putra rumah Mat
Arup. Dia kata "kita pergi naik kereta saya ajalah". Kelengkapan
memancingnya juga sudah siap tersedia. Tunggu apa lagi teruskan
perjalanan menuju ke distinasi,lagi pun untuk sarapan pagi semua dah aku
sediakan. Sampai di sana aku lihat masih tiada pemancing lain lagi. Aku
berdua booking tempat dulu sebelum orang lain ambil alih. Memang
stragik port nih. Berlumba-lumba aku dengan Mat Arup menaikkan ikan
baung. Umpan power maaa. Mulanya pakai tiga joran,akhirnya guna satu
joran saja sebab tak terlayan. Kelam kabut di buatnya kalau layan tiga
joran di kala ikan tengah galak makan. Galak makan tu pun setelah aku
tiru teknik dua orang Asli yang duduk di port tak jauh dari tempat aku.
Aku lihat mereka berdua juga berlumba-lumba menarik habuan yang
mendatang. Lagi power umpan mereka. Huhhhh!!!...Pakai umpan udang beras
yang di tangguk rupanya. Patutlah laju mengarau. Baung,udang galah dan
lampan pun naik. Seorang dari orang Asli tu naikkan udang galah sahaja.
Mat Arup cakap orang Asli tu lahir tahun udang agaknya,tu sebab udang
aja yang dia dapat,hahaha...aku sentiasa memerhatikan teknik yang dia
orang gunakan. Kalau nak baung kena baling jauh sikit dan kalau nak
udang baling dekat aja. Pakai perambut batu hidup bergantung pada arus
air dan panjang perambut dari klip sepanjang sejengkal saja. Memang aku
tiru pun teknik dia orang,kecuali kalau nak patin guna perambut v,yang
sebelah panjang sedepa dan yang sebelah lagi panjang sedepa juga. Batu
taruh bawah dan pakai satu mata. Bila arus menolak perambut yang panjang
tadi akan naik berbuai2 separuh air. Tak boleh pakai umpan dedak kalau
nak main gantung sebab berat dan lerai kena arus. Engkau orang kenalah
study guna umpan apung yang di syorkan oleh otai2 mancing. Carilah
sendiri dalam laman web dan banyak di ceritakan tentang ini. Aku mancing
kat lubuk baung ni pakai umpan hidup,memang power. Tak mainlah umpan2
tapa ni. Aku tak tahan bau busuk umpan tapa ni sampai melekat bau dia
kat tangan. Lain pemancing lain pula umpan yang mereka suka.
Terpulanglah pada kesukaan masing2. Ada gambar kat bawah ni Mat Arup
naikkan udang galah. Berjaya juga hajatnya. Ok bro lainkali kita repeat
lagi dengan umpan yang lebih power n tatap jer ler gambo yang aku tepek
nih...








No comments:
Post a Comment