Monday, 19 September 2011

Kawan pancing & ikan yang di pancing


Monday, May 12, 2008
Gambar kat atas nih masa aku ngan Daud mancing kat satu lombong. Lampam kurang tapi patin saja yang naik. Syok aku berdua melayan tarikan ikan patin nih. Patin liar memang ganeh betul. Kalau dia dah menjunamkan dirinya ke arah dasar berhati-hatilah dan gunakanlah segala skill yang ada. Lebih kurang 3 jam aja aku berdua main kat port tuh. Aku terlepas seekor dan Daud terlepas seekor. Boleh tahan juga besarnya. Terlepas sebab tak bawa tangguk. Patin dah timbul menghampiri ke tebing,tengah terkial-kial nak naikkan,patin yang tengah mencungap mengumpul tenaga semula menjunam ke arah tunggul-tunggul kayu bercerangak dalam air dan terus tersangkut. Terlepas daaa...Itu ler taktik patin liar nak melepaskan diri. Memancing kat tempat-tempat begini mesti ada skill yang tinggi. Bila kena ikan cuba tarik ke arah yang kurang risiko. Pandai-pandai lerr sendiri.Hasil yang aku berdua dapat dibahagi dua. Jadi lerr...
Gambar kat atas nih kawan pancing (Nizam). Walaupun baru nak berjinak-jinak dengan dunia pancing dahh pun dapat tempat kedua masa buat pertandingan mancing kat SeaLion. Dia pun tekun kalau tengah memancing sehingga berjaya naikkan ikan. Dah menang tempat kedua tak nak belanja kerr. Sian kawan yang kat sebelah2 tuh hah..heh heh
Kat atas nih tengah mancing sempat juga aku snap gambar pantai remis ketika air nak mula surut. Sayup mata memandang. Aktiviti orang kampung bila air dah mula surut. Masa tuh lebih kurang jam 6 ptg. Seorang bapa tengah menjala udang bawa anak-anaknya sekali. Rumahnya dekat aja kat situ. Tak sampai 1 jam boleh tahan juga dia dapat udang. Berebut-rebut anaknya mengutip udang masukkan ke dalam baldi sambil bapa mengirai-ngirai jala. Seronok pula aku melihatnya. Senangkan nak cari lauk untuk makan malam. Udang segar pula tuh.
Gambar kat atas nih aku berdua pergi mancing kat pantai remis. Saja nak melepaskan gian. Lama dah tak main laut. Nak main bot tak larat lagi dah. Jadilah mancing kat tepi aja. Nak main kat sini masa air nak pasang dan air nak mula surut. Kalau dah surut sayup mata memandang,baling ateh lumpur aja ler. Kena pakai joran panjang baru syok layan. Pakai umpan pumpun ikan kat sini kurang layan. Kena pakai kerang. Beli aja kat gerai tengah tuh,tak payah susah-susah bawa dari rumah.
Gambar kat atas nih masa buat pertandingan memancing kat SeaLion. Pakai topi sungkup t shirt lengan putih tuh otai mancing (Muhaimi). Sama ligat dengan aku masa mancing laut dedulu. Lama dah dia tak pergi memancing. Masa buat pertandingan tergerak pula hatinya nak menguji skill nya semula. Dapat hadiah pertama. Lepas nih pancing yang dah sejuk kena bungkus kena keluarkan semula. Kasi panas maa. Wa caya sama lu beb...selamat kembali ke alam pancingan.
Kat atas nih gambar Mat Aruf. Ceria sungguh dia dapat naikkan ikan tuh. Kulit dah gelap bertambah gelap. Itu ler kuat sangat berjemur,haha. Dia nih memang tekun kalau memancing. Kalah otai di buatnya. Memancing nih mengajar kita bersabar,tingkatkan ketekunan,buat kajian dan berusahalah. Akhirnya akan membuahkan hasil. Bila tak dapat hasil jangan bughok muka udahh lerr. Keh keh keh

Gambar kat atas nih pula kawan aku Fairuz yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia pancingan. Tekun dia nih memancing. Mulanya main ikut-ikut aja. Satu hari aku dengan kawan lain nak pergi mancing kat satu lombong. Aku ajak fairuz sekali. Aku bagi dia gunakan pancing aku. Walaupun pada permulaannya nampak kekok nak membaling umpan dan nak mengkontrol mesin pancing,dalam masa 2 jam aja dia dah boleh memahirkan dirinya. Tekun sugguh dia tanpa henti. Aku lihat sampai keluar peluh jantan membasahi muka dan bajunya. Haha. Akhirnya dia berjaya menaikkan lampam. Gambar yang aku tepek kat atas tuh setelah fairuz mahir memancing,dia dengan Mat Aruf dapat port baru. Apa nak tunggu lagi,menyenteppp lerr..heh heh. Syabas...kawan.

Tongsan
Gambar tongsan kat atas nih beratnya dalam 12kg. Kawan aku Mat Aruf yang tengah nak syok bergelumang dengan dunia pancingan naikkan tongsan nih kat satu kolam. Tak dapat masuk jackpot sebab ada orang lain yang naikkan lebih berat lagi. Siannn kawan,heh heh.

Kawan aku yang sorang nih aku gelar sifu patin. Aku perhatikan kalau pergi mancing dengan dia lagi 1 jam atau last minit masa nak habis mesti naik patin. Gambar nih masa mancing kat satu kolam. Aku dengan dia tak mancing laut dalam lagi dah. Cukuplah melepaskan gian kat kolam-kolam,lombong-lombong,anak-anak sungai dan di tali air. Seronok juga melayan ragutan dan sentapan ikan-ikan di tempat begini.

No comments:

Post a Comment