Monday, 19 September 2011

Gila-gila mancing berulang kembali


Tuesday, July 10, 2007

Lama dah aku tak memancing,hampir dua tahun lebih gantung lesen mancing. Segala kelengkapan aku simpan baik-baik. Entah macamana masuk jer bulan April 2007 jam 4.00 pagi aku menyelongkar semula semua peralatan memancing. Aku keluarkan peralatan untuk pancingan darat sahaja. Peralatan untuk pancingan laut aku simpan semula. Bot yang di beli kongsi dengan kawan dah hancus. Injin bot dah di jual.Tak larat aku nak main laut dalam lagi. Cukuplah pengalaman pahit dan manis yang aku alami semasa memancing di lautan. Bermula April 2007 aku memancing ikan darat. Sekali-sekala mancing tepi laut main pantai. Saja nak lepaskan gian. Aku tak suka memancing di kolam bayar sebab cabarannya kurang. Lagi pun dah tau apa ikan yang akan naik. Kalau memancing di kawasan paya,sungai,kolam terbiar atau pun lombong kita akan menghadapi segala cabaran. Disinilah terletaknya ketahanan mental diri seseorang dan skill kita sendiri apabila menghadapinya. Keseronokan datang semula setelah sekian lama aku tinggalkan. Aku tak memancing di hulu sungai macam mencari ikan kelah tu yang memerlukan kita duduk berhari-hari di hutan. Tak larat rasanya. Keupayaan seseorang pemancing tidak sama dengan pemancing yang lain,contohnya ada pemancing yang tak tahan naik bot sebab mabuk laut. Ya,aku akan memancing semula. Memang tak boleh aku tinggalkan sebab dari kecil lagi aku telah di ajar memancing ikan darat. Aku harap blog mancing aku nih tidak bersawang setelah aktiviti memancing bermula semula. Akan aku usahakan update dari masa ke masa. Lagi pun memancing ikan darat ni tidak memerlukan masa yang lama. Setengah hari pun dah cukup kalau mendapat hasilnya,berbanding memancing di lautan yang memerlukan masa yang lama hingga menjangkau sehari suntuk,sehari semalam dan ada hingga ke dua hari ketiga hari. Inilah kepuasan hati yang telah aku temui semula. Selamat memancing.

 

No comments:

Post a Comment