Sunday, January 2, 2011
power tiger
Nak cari bekley power tiger memang susah sikit. Selalu kehabisan stok di borong oleh kaki casting. Akhirnya aku dapat idea,modified sendiri dan kasi ubah sikit kalernya untuk meliurkan haruan-haruan di luar sana. Yes!! memang power.Tide chart 2011
Kalau dah kaki mancing mesti dalam dompet dia orang ada simpan benda nih. Apalagi kalau tak jadual pasang surut air laut. Banyak gunanya kepada para pemancing. Tapi ada juga sedikit sebanyak lari dari jadual yang di tetapkan. Kalau nak lengkap lebih baik buka laman web pasang surut air laut yang disediakan oleh jabatan kajicuaca. Jadual pasang surut ni untuk selat melaka aja.
Layan ikan jeti
Dua orang ni tengah layan ikan kat jeti Sekinchan. Banyak tul mr blu keng kat sini. Berlumba-lumba dia orang naikkan. Penat melayannya,siap berehat lagi tuhh. Sempat gak nak berposing jap.
Eksenlah kamu
Sorang lagi tengah berposing dengan eksennya dengan haruan dan set barunya..
Orang taulah kamu pakai bassterra ngan nasci. Tak tanya punnn. Heh heh.
Layan haruan
Dengan MaT Arup pergi layan haruan di pagi yang hening. Pakai bekley power tiger yang dah aku modified. Memang mengancam,sampai haruan terkinja-kinja hendak membahamnya. Tertipu sang haruan.
Mancing lagi
Ini pula Mr Daud. Aku dengan dia temankan Mat Yus.Layan member yang tengah seronok gian mancing.
Mancing tetap mancing
Masuk tahun baru Masehi 2011. Hobi mancing masih tetap dari dulu sampai sekarang. Itu aja aktiviti yang masih aku teruskan. Masa badan masih muda dulu ligat aku masuk acara marathon.Ni tak larat lagi dah,al maklum udah mencapai usia. Gambar kat atas ni rakan kerja yang kena gian mancing. Siap beli empat set pancing. Aku panggil gelarannya Mat Yus. Memang tekun kalau dia memancing. Tatap ajalah ketekunannya..heh heh.
No comments:
Post a Comment