Monday, 19 September 2011

Otai pancing

Monday, August 1, 2011Otai pancing
Salah seorang otai mancing yang aku kenal. Berdekatan dengan rumah Mat Arup. Aku panggil dia Shah. Seronok memancing dengan dia ni. Kekadang aku bertiga sesama pergi memancing. Sambil memancing sambil tu berbual-bual. Banyak yang kami bualkan tentang kisah-kisah lampau dan lubuk-lubuk ikan yang masih berpotensi. Banyak pengalaman dia tentang hal-hal mancing seperti apa pengalaman yang telah aku lalui sebelum lubuk-lubuk ikan di timbus oleh arus kemodenan. Inilah yang di namakan otai. Tengok cara dia mancing dan berbual tentang alam mancing pun aku dah tau. Tabik spring kat otai ni. Ada segelintir pemancing tu borak aja berdeguh-degah tapi habuk pun tarak. Aku nasihatkan pada para pemancing yang baru nak mula memancing dan pemancing yang belum banyak pengalaman,janganlah segan untuk bertanya dalam hal dunia pancingan pada otai-otai yang kamu kenal. Walaupun dahulu aku dari budak-budak lagi sudah mula memancing hinggalah ke umur begini dan ada kawan-kawan memanggil aku otai tetapi aku tak menganggap diri aku begitu. Aku akan terus dan terus mendalami lagi tentang teknik-teknik dalam dunia pemancingan. Kerana aku tahu lain tempat lain teknik yang di gunakan. Bukan senang nak jadi pemancing berkaliber. Segala peralatan mancing,cuaca,air,diet ikan dan dan dan ..... ishhkk melalut lak aku nih... minta maaf,cari ler sendiri yer.

No comments:

Post a Comment