Monday, 19 September 2011

Layan patin,kolam free :-D


Wednesday, July 15, 2009

Lama dah aku tak update blog. Tak tau kenapa malas sangat rasanya. Tak seghairah dulu masa mula-mula menulis blog. Macamana pun aku nak abdikan kisah-kisah aku ni untuk aku tatap di hari-hari tua aku nanti. Inilah kisahnya masih ada masih ada kaitan dengan dunia pancingan. Alkisah Sebelum puasa Ramadhan 2008 aku ambil cuti tahun satu hari bersambung dengan offday satu hari,dapatlah dua hari bercuti ke kampung. Aku seorang aja balik ke kampung. Saja jalan-jalan balik kampung nak hilangkan tension tempat kerja. Bertolak jam 5.30 pagi sampai di kampung jam 6.00 pagi. Kalau ke kampung mesti aku duk kat rumah kakak aku "kak nah". Aku lebih serasi lepak-lepak di rumahnya. Selepas sarapan pagi aku turun ke kolam ikan yang di usahakan oleh abang ipar ku "wahi". Sebelum tu aku minta izin dulu kat kakak ku miah nak mancing kat kolam ikan. Almaklum ler orang punya. Aku bawa pancing dan umpan power yang aku bawa dari rumah. Memang seronok melayan ikan patin dan yang menyambar umpan. Dapat pun agak-agak cukup ok lah,tak boleh banyak-banyak nanti bengkrap taukeh,haha. Gagah juga permainan patin membenam ke dasar kolam nak melepaskan diri. Semuanya tewas di tangan aku. Semua ikan kakak ku siangkan dan masukkan ke dalam peti ais,besok aku nak bawa balik. Ikan tilapia dan baung kakak ku ambil untuk dibuat lauk. Sempat jugalah ambil gambar ikan yang aku tewaskan.

No comments:

Post a Comment