Geng Patin
Kawan-kawan pancing ni aku gelar "geng patin". Daud,Yus,Sham dan Mat Zan. Patin tuh masak tempoyak sedap bro. Meleleh ayaq lioq. Nko orang gi mancing patin tak nak ajak aku. Kat tangan si Daud tuh patin juga ker? Haha.Baung Mat Aruf
Hanyir tangan dia nih. Baung ni naik selepas hujan turun. Kalau tepat pada masanya berturut-turut baung naik tak kira besar atau kecil. Walau pun penat melayan tetapi hilang segala tension dan keboringan yang melanda. Haha wa caya lu.Baung makan dedak
Dengan Mat Aruf gi mancing baung kat lubuk rahsia yang di rahsiakan atas sebab2 tertentu..Kalau selepas hujan lagi galak baung ni merentap umpan. Seronok menariknya sampai berdesing tali pancing yang keluar dari mesin. Tentu nko orang heran sebab baung ni galak makan umpan dedak. Biasanya baung makan cacing dan umpan tapa. Lagi senang pakai umpan dedak. Kalau tak dapat baung dapat lampam.
Gian casting di bulan Ramadhan--Haruan 3
Haruan yang ni terpaksa berposing sendirian. Aku tangkap juga gambar ruan ni untuk kenangan. Nak suruh Mat Aruf tolong ambilkan gambar dia pula jauh kat lubuk sana. Haruan ketiga ni pun teruja melihat tarian power tiger. Nampak cerah kulit haruan yang menghuni kat lubuk ni. Aku nak repeat ngan Mat Aruf ke lubuk ini di lain hari. Kalau tak lunyailah di kerjakan oleh kaki jaring.Haruan 2
Haruan kedua yang aku dapat,kecil sikit dari yang Mat Aruf punya. Haruan ni terpedaya dengan lenggang lenggok renangan umpan soft plastic power tiger. Mat Aruf cakap lubuk ni syok main kalau selepas musim hujan,banyak ruan yang menyorok dalam semak samun berkeliaran masuk ke lubuk ni mencari makanan. Nak juga aku mencuba lepas musim hujan. Masa masuk kat tempat ni terserempak dengan sorang mamat ngan seorang apek tengah casting juga. Dia orang guna katak ori tapi aku dengan Mat Aruf tetap guna soft plastic. Naik stim wooo kalau guna umpan ni masa haruan menyambar umpan.
Haruan 1
Tahun 2010,hari ni dah 15 hari berpuasa bersamaan 15 Ramadhan 1431 Hijrah. Semalam petang Rabu 14 Ramadhan jam 4.30 ptg hingga 6.30 ptg sempat juga aku dengan seorang kawan Mat Aruf pergi casting haruan. Puasa tetap puasa,casting tetap casting. Dapatlah 3 ekor ruan walaupun matahari petang panas memancar. Gambar kat sebelah ni haruan pertama Mat Aruf dapat.
No comments:
Post a Comment